Qasru
el-Qarun atau dikenali sebagai istana Qarun terletak di pinggir Tasik
Qarun dan hampir 40 kilometer dari bandar Fayyoum. Istana ini sisa
sebagiannya masih kokoh hingga kini dan tidak ditenggelamkan oleh Allah
hingga saat ini sebagai pengiktibaran untuk umat manusia. Dipercayai
terdapat 360 buah bilik di dalam istana ini yang menyamai 360 hari dalam
setahun. Terdapat tiga tingkat yang menempatkan kaum kerabat dan tempat
menyimpan harta Qarun tidak termasuk beberapa lapisan di bawah istana
tersebut.
Al-Quran
menerangkan tentang penampilan Qarun suka mempamerkan kebesaran dan
kekayaannya. Kebiasaannya ia dilakukan tiada motif tertentu kecuali ia
merupakan strategi menarik perhatian ramai agar ia dikagumi sebagai
idola. Dengan mempamerkan kekayaannya juga bermaksud memberikan pesan
bahawa ia mampu melakukan segala-gala, mengupah, membeli dan membiayai
apa saja dan berapa saja.Dalam penceritaan selanjutnya al-Quran menyebut
tentang adanya kelompok yang memang mengagumi Qarun, iaitu golongan
material yang terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan cara apa saja.
Mereka ingin menjadi Qarun, kerana ia adalah lambang kejayaan seorang
usahawan, kejayaan yang hanya diukur dari jumlah yang tertimbun, tanpa
mengambil kira dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan. Kerana itu
Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragik, hancur luluh
ditelah bumi.al-Quran memberikan gambaran, bagaimana Qarun terbenam ke
dalam bumi bersama rumah dan isinya sekalian . – sejarah mesir -
Tidak ada komentar:
Posting Komentar